Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Asal Perkataan “Kristian”
ORANG KRISTIAN—Percayawan yang Merupakan Anak-anak Tuhan
Asal Perkataan “Kristian”
2016-08-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam Kisah Para Dutus, “disipal-disipal buat kali pertama dipanggil orang Kristian di Antiokhia” (Kisah 11:26).

Pada zaman itu, tidak lama selepas Yesus Kristus mati, bangkit dan naik ke syurga, muncullah sekumpulan pengikut Kristus. Mereka ialah disipal-disipal Kristus, dan “orang Kristian” merupakan gelaran yang diberikan kepada kumpulan orang ini oleh orang luar. Nama ini sebenarnya suatu nama julukan, panggilan dengan nada mengejek, menunjukkan bahawa mereka sudah tentu mempunyai kesaksian kukuh untuk Tuan, kesaksian yang menjadikan mereka berbeza dan khusus di mata orang yang tidak percaya.

Petrus juga berkata dalam suratnya, 1 Petrus 4:16: “Sebaliknya, jika sebagai seorang Kristian, janganlah dia berasa malu, tetapi hendaklah dia memuliakan Tuhan dalam nama ini.” Dalam bahasa Yunani, Kristian ialah Christianos, perkataan yang terbentuk daripada bahasa Latin. Akhiran ianos menandakan penyokong seseorang, diterapkan pada abdi-abdi kepunyaan keluarga yang besar di Empayar Rom. Orang yang menyembah maharaja, Kaisar, dipanggil Kaisarianos yang bermakna penyokong Kaisar, seorang yang kepunyaan Kaisar. Apabila orang percaya kepada Kristus dan menjadi pengikut-pengikut-Nya, sesetengah orang di dalam Empayar Rom menganggap Kristus sebagai pesaing dan musuh Kaisar. Kemudian di Antiokhia (Kis. 11:26), mereka mula menggelar pengikut-pengikut Kristus sebagai Christianoi (orang Kristian), iaitu penyokong-penyokong Kristus, suatu julukan, panggilan dengan nada mengejek. Oleh itu, ayat ini mengatakan, “Sebagai seorang Kristian, janganlah dia berasa malu”; ini bermakna jika seorang percayawan menderita di bawah tangan penindas yang menggelarnya orang Kristian dengan maksud untuk menghina, dia tidak harus berasa malu, sebaliknya harus memuliakan Tuhan dalam nama ini.

Hari ini gelaran orang Kristian harus membawa maksud positif, iaitu orang milik Kristus, orang yang bersatu dengan Kristus, bukan sahaja kepunyaan-Nya tetapi juga mempunyai hayat dan sifat-Nya dalam penyatuan organik dengan-Nya, dan orang yang hidup melalui-Nya, bahkan berhidupkan-Nya dalam kehidupan hariannya. Jika kita menderita kerana menjadi orang sebegini, kita tidak harus berasa malu tetapi harus berani memperbesar Kristus dalam pengakuan kita melalui cara hidup kita yang kudus dan unggul untuk memuliakan (mengekspresikan) Tuhan dalam nama ini.

Rujukan: Nota 1 dalam 1 Petrus 4:16, Bible Versi Pemulihan.

ORANG KRISTIAN—Percayawan yang Merupakan Anak-anak Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)