Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (1)
Makna Rohani bagi Tahun Baru (4)—Prinsip Kematian Dan Kebangkitan
Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (2)
Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (1)
2017-02-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Tidak kira sama ada kamu menerima Tuan Yesus pada lima hari yang lepas ataupun lima puluh tahun yang lalu, tetap ada banyak perkara yang boleh kamu alami dan nikmati! Dengan percaya kepada Yesus Kristus, kamu beroleh harta yang tidak ternilai, yang menantikan kamu membuat pertemuan serta mengalaminya.

Ini sama seperti membeli satu alat elektronik yang baru. Walaupun alat itu milik kamu, namun kamu mungkin hanya mengetahui sebahagian daripada kegunaannya dan tidak sepenuhnya mengetahui apa yang dapat dilakukan alat itu. Melalui praktis, kamu mungkin hanya menggunakan sepuluh peratus daripada keupayaan alat itu.

Ini sama dengan hal menerima Tuan Yesus dan penyelamatan Tuhan. Akan tetapi, jika kamu sudah berasa puas dengan apa yang telah kamu alami terhadap Kristus dan penyelamatan-Nya, kamu mungkin tidak terdorong untuk terus maju. Jika demikianlah halnya, maka artikel ini mungkin tidak akan menarik minat kamu.

…Tetapi jika kamu lapar terhadap lebih banyak pengalaman terhadap Kristus dan kenikmatan terhadap penyelamatan-Nya, kamu mungkin ingin terus membaca dan melihat sama ada kamu menikmati segala-gala yang telah kamu peroleh dengan percaya kepada Yesus.

(Artikel ini akan membentangkan 5 perkara terlebih dahulu. Artikel yang berikutnya akan membentangkan 5 perkara yang seterusnya.)

10 Perkara yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus

Terdapat sekurang-kurangnya sepuluh perkara yang diperoleh seseorang dengan serta-merta sejurus selepas dia percaya kepada Yesus Kristus:

1. “Dosa-dosa Diampunkan”—Kis. 10:43

“Bagi Dia inilah semua penyabda bersaksi bahawa menerusi nama-Nya, sesiapa yang percaya ke dalam-Nya akan menerima pengampunan dosa-dosa.

Sejurus selepas kita percaya, Tuhan mengampunkan segala dosa kita, menyelesaikan masalah kita dengan-Nya.

Akan tetapi, sudahkah kamu mengucapkan syukur kepada Dia atas hal ini? Sudahkah kamu menerapkan hakikat yang tersempurna ini kepada kegagalan kamu hari ini?

Apabila kita mengaku dosa-dosa kita, Dia berjanji untuk mengampunkan kita (1 Yoh. 1:9). Sekarang ambil masa sesaat untuk mengucapkan syukur kepada Tuan dan terapkan pengampunan-Nya dengan berdoa:

“Tuan Yesus, syukur kepada-Mu kerana mati demi dosa-dosaku, menumpahkan darah penebusan-Mu untukku supaya aku dapat diampuni Tuhan. Tuan, aku percaya bahawa Engkau telah mengampuni semua dosaku dengan sepenuhnya. Aku menerapkan darah-Mu sekarang juga.”

2. “Dibasuh”—1 Kor. 6:11

“Dan demikianlah sesetengah daripada kamu dahulu; tetapi kamu telah dibasuh, telah dikuduskan, telah dijustifikasikan dalam nama Tuan Yesus Kristus dan dalam Roh Tuhan kita.”

Kristus bukan hanya memadamkan rekod dosa kita di hadapan Tuhan, supaya kita dapat diampuni-Nya. Malah Dia juga membasuh kita secara dalaman daripada kecemaran, kesan dosa, yang kita rasa di dalam.

Melalui pembasuhan dalaman sedemikian, kita dibersihkan daripada kecemaran dalaman akibat dosa. Kita dapat menikmati pembasuhan sedemikian setiap hari dan menerapkannya dalam nama Yesus. Inilah salah satu sebab untuk menyeru Tuan Yesus. Apabila kita menyeru-Nya, kita merasakan pembasuhan-Nya secara dalaman.

3. “Dikuduskan”—Kis. 26:18

Kisah 26:18 memberitahu kita bahawa kita dikuduskan melalui kepercayaan dalam Yesus Kristus. Ayat ini berkata:

“…Supaya mereka dapat menerima pengampunan dosa-dosa dan warisan dalam kalangan mereka yang dikuduskan melalui kepercayaan dalam Aku.”

Selepas Tuhan mengampuni kita dan membasuh kita, Dia memulakan kerja pengudusan-Nya dalam kita. Kita mula menikmati berkat dikuduskan dari saat kita percaya kepada Tuan Yesus.

Akan tetapi, adakah kita terus mengalami kerja pengudusan-Nya hari ini? Pengudusan kita bukan berhenti pada perubahan dari segi kedudukan, iaitu daripada yang umum kepada yang kudus. Pengudusan diteruskan dengan perubahan kita dari segi perwatakan. Ini merupakan proses sepanjang hayat yang akan kita alami sepanjang kehidupan Kristian kita hinggalah kita bertemu dengan Tuan.

4. “Dijustifikasi”—Gal. 2:16

Galatia 2:16 berkata:

“…Kita juga telah percaya ke dalam Kristus Yesus supaya kita dapat dijustifikasi berasaskan iktikad dalam Kristus…

Dijustifikasikan Tuhan bermakna Dia mengisytiharkan bahawa kita adalah adilbenar. Satu-satunya cara untuk dijustifikasikan secara demikian adalah dengan bersatu dengan Kristus. Tidak ada keadilbenaran kita sendiri yang dapat diperkenan Tuhan melainkan kita menggabungkan kepercayaan kita kepada Kristus dan kerja penebusan-Nya yang sempurna.

Dari saat kita percaya kepada Yesus, kita digabungkan kepada-Nya dan Tuhan melihat kita adilbenar sama seperti Anak-Nya. Apa yang dapat kita lakukan sekarang ialah menerima berkat ini dengan kesyukuran:

“Tuan Yesus, syukur kepada-Mu kerana dalam-Mu aku dijustifikasikan Tuhan. Tuhan melihat aku adilbenar sama seperti Engkau. Dalam-Mu aku kini dapat menjalani kehidupan yang sentiasa diperkenan Tuhan.”

Justifikasi yang sempurna seperti ini bukan hanya menyempurnakan hakikat penyelamatan kita tetapi pengalaman harian yang subjektif dalam hayat Kristus, dalam nama Yesus, dan dalam Roh Tuhan kita seperti yang disebut dalam 1 Korintus 6:11.

Apabila kita menghubungi Tuan Yesus dengan menyeru nama-Nya, kita menjalani kehidupan hari yang diperkenankan Tuhan.

5. “Diperdamaikan dengan Tuhan”—Roma 5:10

Roma 5:10 berkata:

“Kerana jika kita, ketika menjadi musuh, diperdamaikan dengan Tuhan menerusi kematian Anak-Nya, maka lebih-lebih lagi kita akan diselamatkan dalam hayat-Nya, setelah kita diperdamaikan.”

Kita bukan hanya dikuduskan kepada Tuhan dan dijustifikasikan di hadapan-Nya, tetapi pada saat kita percaya, kita juga diperdamaikan Tuhan supaya kita dapat mempunyai persekutuan yang manis dengan Tuhan.

Kini kita perlu maju dalam pengalaman ini kepada langkah perdamaian yang lebih lanjut—bukan hanya diperdamaikan dengan Tuhan atau dosa, tetapi daripada hidup dalam hayat alamiah kita untuk hidup dalam kesatuan dengan Tuhan dalam roh kita.

*Untuk penghargaan yang lebih lanjut tentang pengalaman yang lebih dalam terhadap hal diperdamaikan, sila baca 2 Korintus 5:20 serta nota kaki 2 dalam Bible Wasiat Baru Versi Pemulihan.

Makna Rohani bagi Tahun Baru (4)—Prinsip Kematian Dan Kebangkitan
Apakah yang Kamu Peroleh dengan serta-merta pada Saat Kamu Percaya kepada Yesus? (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)