Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Pelayanan Apakah Maksud Melayan Tuhan?
Melayan Tuan
Melayan Tuhan dalam Roh Kita dalam Injil Anak Tuhan
Apakah Maksud Melayan Tuhan?
2016-11-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam Roma 1:9 dan Ibrani 9:14, perkataan Yunani bagi “layan” bermaksud melayan dalam penyembahan; perkataan ini digunakan dalam Matius 4:10; 2 Timotius 1:3; Filipi 3:3; dan Lukas 2:37. Paulus menganggap pemberitaan injilnya suatu penyembahan dan pelayanan kepada Tuhan, bukan semata-mata suatu kerja.

Dalam Wasiat Baru, kita melihat bahawa melayan Tuhan sebenarnya bersamaan dengan menyembah Tuhan. Kita tidak dapat melayan Tuhan tanpa menyembah-Nya. Kita juga tidak dapat menyembah-Nya tanpa melayan-Nya. Sebagai contoh, dalam Matius 4, Tuan Yesus digoda oleh iblis dalam hal penyembahan. Dengan merujuk kepada kingdom di dunia dan kemuliaannya, iblis berkata kepada-Nya, “Kesemua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud dan menyembah aku” (ay. 9). Akan tetapi, Tuan Yesus menjawab, “Kerana ada tertulis, ‘Kamu harus menyembah Tuan, Tuhanmu dan Dia sahajalah yang harus kamu layan’” (ay. 10). Di sini, kita melihat bahawa menyembah sebenarnya bermaksud melayan. Oleh itu, menyembah Tuhan bermaksud melayan Tuhan. Tanpa melayan Tuhan, kita tidak dapat memberi penyembahan yang sebenar kepada-Nya.

Dalam 1 Tesalonika 1:9b, Paulus mengatakan bahawa para percayawan di Tesalonika “berpaling kepada Tuhan daripada berhala untuk melayan Tuhan yang hidup dan benar”. Maksud literal bagi perkataan Yunani “melayan” ialah melayan sebagai abdi. Perkataan “melayan”, seperti yang digunakan dalam ayat 9, bersifat serba merangkumi. Perkataan ini merangkumi segala-gala yang kita lakukan dalam kehidupan harian kita.

Melalui kehidupan harian, kita membuktikan bahawa Tuhan adalah hidup. Jika Tuhan bukan Tuhan yang hidup, maka kehidupan harian kita sangat berbeza. Kehidupan kita sekarang mempersaksikan bahawa Tuhan yang kita layan itu adalah hidup. Dia hidup dalam kita, dan Dia mengawal kita, mengarahkan kita, dan menanggulangi kita. Dia tidak akan melepaskan kita. Sebaliknya, dalam banyak perkara, Dia membetulkan kita dan menyelaraskan kita. Hakikat bahawa Tuhan mengawal kita dan mengarahkan kita, malah dalam hal-hal yang remeh-temeh seperti pemikiran dan motif kita, membuktikan bahawa Dia adalah hidup. Kita hidup di bawah kawalan, arahan, dan pembetulan daripada Tuhan yang hidup. Sebagai percayawan dalam Kristus, kita harus menjalani kehidupan yang mempersaksikan bahawa Tuhan yang kita sembah dan layan itu adalah hidup dalam butir-butir kehidupan kita. Kehidupan orang Kristian yang wajar seharusnya mempersaksikan bahawa Tuhan adalah hidup. Kita tidak melakukan sesuatu atau mengatakan sesuatu seharusnya disebabkan Tuhan hidup dalam kita. Tuhan yang kita sembah dan layan itu bukan sahaja hidup di syurga, tetapi juga hidup dalam kita. Kita telah berpaling kepada Tuhan daripada berhala untuk melayan Tuhan yang hidup dan benar. Sudah tentu, apabila Tuhan adalah hidup dalam pengalaman kita, Dia juga adalah benar.

Melayan Tuan
Melayan Tuhan dalam Roh Kita dalam Injil Anak Tuhan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)