Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristus Agama dan Tradisi Bertentangan dengan Kristus dan Wahi Kristus
Anak Manusia
Penggunaan “Tuan Yesus”
Agama dan Tradisi Bertentangan dengan Kristus dan Wahi Kristus
2017-03-09 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Kristus sebagai Yang hidup itu haruslah kita realisasikan, alami, nikmati, terapkan, dan hargai sepanjang masa.

Paulus (sebelumnya bernama Saulus) merupakan seorang hamba Tuhan yang agung dalam Bible. Sebelum dia diselamatkan, dia mempunyai latar belakang yang istimewa. Dia seorang yang dilahir dan dibesarkan dalam agama Yahudi. Dia secara spontannya menjalani kehidupan yang sama sekali menurut agama itu.

Galatia 1:13 berkata, “Kerana kamu pernah mendengar tentang cara hidupku dahulu dalam agama Yahudi, bahawa aku menindas gereja Tuhan dengan keterlaluan dan membinasakannya.Saulus menindas gereja Tuhan bukan kerana dia berdosa tetapi kerana dia agamawi. Dia amat bersungguh hati terhadap agamanya sehingga dia menindas gereja Tuhan kerana gereja Tuhan ialah sesuatu yang berbeza daripada agamanya. Dalam Galatia 1:14-16a Paulus terus berkata, “Dan aku lebih maju dalam agama Yahudi melangkaui banyak teman sebaya dalam kalangan bangsaku, kerana aku amat bersungguh hati terhadap tradisi bapa leluhurku. Tetapi apabila Tuhan yang mengasingkan aku sejak dalam kandungan ibuku dan memanggil aku menerusi kurnia-Nya, berkenan untuk mewahikan Anak-Nya dalamku.” Saulus lebih maju daripada teman sebayanya dalam agamanya dan dia bersungguh hati terhadap tradisi bapa leluhurnya, tetapi Tuhan berkenan untuk mewahikan Anak-Nya dalam Saulus.

Dalam petikan di atas, terdapat empat butir yang penting: agama, tradisi, Kristus, dan wahi Kristus. Saulus terlibat dalam agama yang terbaik, iaitu agama Yahudi, agama yang ditetapkan Tuhan yang mempunyai tradisi yang baik. Namun agama ini yang mempunyai begitu banyak tradisi ialah sesuatu yang bertentangan dengan Kristus dan wahi Kristus. Jika kamu membaca bahagian Kitab ini dengan teliti, kamu akan menyedari perbezaan antara Kristus dengan agama dan antara wahi Kristus dengan tradisi agama. Agama adalah bertentangan dengan Kristus dan tradisi adalah bertentangan dengan wahi Kristus.

Banyak daripada kita mungkin seperti pemuda Saulus itu. Dia dilahirkan dalam agama dan kita juga dilahirkan dalam agama. Dalam agama ini kita mempunyai banyak tradisi. Banyak orang dilahirkan dalam Kristianiti, dan dalam Kristianiti pada hari ini terdapat banyak tradisi. Adakah kamu seorang Kristian yang kini hidup, bergerak-hidup, bekerja, dan melayan Tuan menurut tradisi-tradisi Kristianiti atau menurut wahi Kristus, yakni Anak kepada Tuhan hidup? Adakah kamu terlibat dengan agama yang penuh dengan tatacara dan organisasi, atau kamu sedang menghubungi seorang Persona yang hidup? Adakah kamu menghubungi Kristus yang hidup, yakni Anak kepada Tuhan hidup?

Saulus ialah seorang yang bijaksana dengan memiliki perwatakan yang unggul. Dari sudut pandangan manusia, dia tidak begitu berdosa sebaliknya dia agak baik dan agamawi. Dalam Filipi 3 Paulus berbicara tentang segala apanya dia dan segala yang dimilikinya dalam diri alamiahnya: “Disunat pada hari kelapan; daripada bangsa Israel, daripada suku Benyamin, seorang Ibrani daripada keturunan orang Ibrani; menurut hukum, aku seorang Farisi; menurut kesungguhan hati, aku penindas gereja; menurut keadilbenaran hukum, aku bebas daripada tuduhan. Tetapi apa-apa yang dahulunya menjadi keuntungan bagi aku, semua ini telah aku kira sebagai kerugian kerana Kristus” (ay. 5-7). Dalam ayat-ayat ini memaparkan kehidupan orang ini sebelum pertaubatannya dan sikapnya selepas pertaubatannya. Daripada perkara apakah pemuda ini bertaubat? Kita menyangka selalunya seseorang bertaubat daripada dosanya kepada Tuhan kerana kita telah berdosa dan menjauhi Tuhan. Namun begitu, menurut Kitab, Saulus bertaubat daripada agama kepada Kristus. Dari sudut pandangan Tuhan, penindasan Saulus terhadap gereja adalah sesuatu yang berdosa, namun dari sudut pandangan manusia, yakni dari sudut pandangan agama, dia tidak berdosa, sebaliknya dia mungkin dihargai, dikagumi, dan dipuji oleh banyak orang agamawi. Paulus bertaubat daripada agama kepada Kristus, bukan sekadar daripada dosa kepada Tuhan.

Sesetengah orang mungkin lahir dan dibesarkan dalam Kristianiti, bahkan hidup demi Kristianiti. Mereka orang baik dan sangat agamawi. Banyak daripada mereka yang sedang melakukan kerja agamawi, namun mereka tidak mengenali Kristus dengan cara yang hidup dalam pengalaman. Mereka mempunyai agama, tetapi mereka tidak mempunyai hayat. Mereka mempunyai Kristianiti, tetapi mereka tidak mempunyai Kristus sendiri. Mereka terlibat dalam banyak aktiviti, program, dan kerja, tetapi mereka tidak mempunyai hayat dalaman berserta impak dalaman. Lihatlah Kristianiti hari ini dan tanyalah diri sendiri berapa peratusan merupakan aktiviti, program, dan kerja luaran, dan berapa peratusan merupakan hayat dalaman. Kristus sebagai Yang hidup itu haruslah kita realisasikan, alami, nikmati, terapkan, dan hargai sepanjang masa. Semoga Tuan membuka mata kita dan memberi kita suatu titik peralihan, supaya kita berpaling daripada agama kepada satu Persona yang hidup—Kristus. Tuhan sememangnya berkenan untuk mewahikan Anak-Nya dalam kita.

Anak Manusia
Penggunaan “Tuan Yesus”
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Jason pada 2017-04-20
Agama begitu bertentangan dengan Kristus sehingga Saulus bertaubat. Saulus bertaubat dalam Filipi 3:5-7 ! Daripada perkara apakah pemuda ini bertaubat? Adalah dia berdosa? Tidak, kali ini Saulus bertaubat daripada agama kepada Kristus. Kesungguhan hati terhadap tatacara gereja bukan kegirangan Tuhan. Kegirangan Tuhan ialah kita menghubungi Persona yang hidup!