Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Soalan Injil Adakah Kamu sudah Diselamatkan?
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
Siapa itu Tuhan Orang Kristian
Adakah Kamu sudah Diselamatkan?
2016-10-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Apabila orang Kristian ditanya soalan: “Adakah kamu sudah diselamatkan?” atau “Adakah kamu tahu bahawa kamu sudah diselamatkan?” kebanyakan orang tidak dapat menjawab dengan kata-kata yang jelas. Mereka selalunya menjawab, “Saya tidak tahu sama ada saya sudah diselamatkan atau tidak. Bagaimanakah saya boleh mengatakan bahawa saya sudah diselamatkan ketika saya masih hidup di bumi?”

Di sinilah kesilapan kamu. Kepercayaan kita kepada Tuan Yesus bukanlah satu perjudian, iaitu menang kerana bertuah dan kalah kerana malang. Kepercayaan kepada penyelamatan salib Tuan Yesus mempunyai jaminan penuh. Kita tidak perlu tunggu hingga mati barulah dapat tahu sama ada kita sudah diselamatkan atau belum. Kita boleh mengetahui hal ini sekarang juga. Inilah ajaran yang jelas daripada Bible. Mari kita baca ayat Bible berikut:

“Oleh itu, saudara-saudara, hendaklah kamu mengetahui bahawa menerusi Orang ini (Tuan Yesus), pengampunan dosa-dosa diberitakan kepadamu; dan atas segala hal yang daripadanya kamu tidak dapat dijustifikasikan melalui hukum Musa, dalam Orang ini (Tuan Yesus), sesiapa yang percaya dijustifikasikan” (Kis. 13:38-39).

Sabda Tuhan berkata, “Hendaklah kamu mengetahui.” Apakah yang harus kamu ketahui? Kamu harus mengetahui bahawa asalkan kamu percaya kepada Tuan Yesus, dosa kamu telah diampunkan, dan kamu telah dijustifikasikan—kamu telah diselamatkan! Apabila Tuhan bersabda, “Hendaklah kamu mengetahui”, Dia bermaksud bahawa kita dapat tahu sama ada kita telah diselamatkan atau tidak. Oleh itu, serahkanlah dosamu dengan segera kepada Penyelamat dan percayalah penyelamatan yang disempurnakan-Nya bagi kita. Dengan demikian, kamu akan diselamatkan.

Sesetengah orang pula menjawab, “Saya hanya dapat cuba berbuat baik dan melayan Tuhan dengan sedaya upaya, harap-harap saya akan diselamatkan pada akhir nanti.” Ah, ini juga salah! Kamu berkata sedemikian kerana kamu tidak memahami cara penyelamatan. Adakah kamu berfikir bahawa kamu akan diselamatkan pada akhir nanti jika kamu cuba berbuat baik dan melayan Tuhan dengan sedaya upaya? Kita harus tahu bahawa tidak ada satu pun jasa dan kerja kita yang diperkenan di hadapan Tuhan. “Semua keadilbenaran kami seperti pakaian yang cemar” (Yes. 64:6). Adakah kamu fikir bahawa dengan berbuat baik kamu akan diselamatkan? Tidak. Bible berkata dengan jelas, “Kamu telah diselamatkan…bukan daripada dirimu tetapi berian Tuhan; bukan berasaskan tingkah laku supaya tidak ada orang dapat bermegah” (Ef. 2:8-9). Penyelamatan datang melalui keyakinan kepada Tuan Yesus. “Dia sendiri memikul dosa-dosa kita dalam tubuh-Nya pada batang kayu” (1 Ptr. 2:24). “Yang Adilbenar bagi pihak yang tidak adilbenar, supaya Dia dapat membawa kamu kepada Tuhan” (3:18). Dia telah menyempurnakan kerja penebusan. Kita hanya perlu percaya dan patuh kepada-Nya. “Percayalah pada Tuan Yesus, dan kamu akan diselamatkan” (Kis. 16:31). Jangan berharap untuk diselamatkan melalui tingkah laku sendiri. Tidak kira betapa baiknya tingkah laku kamu, tingkah laku kamu tidak dapat menyelamatkan kamu kerana “kamu telah diselamatkan…bukan berasaskan tingkah laku” (Ef. 2:8-9). Jika kamu rela mempercayai kerja kematian gantian Tuan Yesus di atas salib, maka kamu telah diselamatkan. Jika kamu tidak menerima Tuan Yesus sebagai Penyelamat, maka kamu tidak ada harapan untuk diselamatkan kerana kamu tidak dapat menyelamatkan diri sendiri. Sekiranya kamu menerima Tuan Yesus sebagai korban penebus dosa, kamu tidak perlu berharap untuk diselamatkan kerana kamu telah mempunyai hayat abadi. Kita hanya mengharapkan benda-benda yang belum kita peroleh. Jika kita telah memperolehnya, kita tidak perlu lagi berharap untuk mendapatkannya.

Betapa lipur dan girangnya kerana kita mempunyai hayat abadi! “Giranglah bahawa namamu tercatat di syurga-syurga” (Luk. 10:20). Betapa bernilainya khabar ini! Hal ini sememangnya khabar gembira: Pada zaman ini kita boleh tahu bahawa kita telah diselamatkan! Dahulu kita pendosa, namun kini kita telah menerima kurnia. Bukankah kita harus bergirang? Betapa dalamnya rasa syukur dan kasih kita apabila kita tahu bahawa Tuan telah menyelamatkan kita daripada kebinasaan dan memberi kita hayat abadi! Jika kita sedar akan hal ini, kita akan memuji Tuhan dengan lebih banyak lagi. Kita tahu bahawa kita tidak dapat menyelamatkan diri kita. Oleh itu, segala kuasa, kekayaan, kearifan, kudrat, kehormatan, kemuliaan, dan pujian diberikan kepada Anak Domba yang tersembelih buat selama-lamanya!

Apakah Makna Kehidupan Manusia?
Siapa itu Tuhan Orang Kristian
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)